Kad merah 'pelik' buat Kaka kerana bergurau

  • 7 years ago
Tak percaya, itu yang dirasakan pemain Orlando City, Kaka apabila dilayangkan kad merah 'pelik' kerana bergurau dengan pemain lawan.

Pada aksi Bola Sepak Liga Utama Amerika ( Major League Soccer), Kaka yang juga merupakan pemain Brazil dilayang kad merah atas alasan berkelakuan ganas kepada Aurelien Collin.

Namun jika dilihat pada rakaman, jelas sekali Kaka hanya bergurau dengan Collin yang merupakan bekas rakan pasukannya.

Kaka dilihat meraut wajah Collin sambil keduanya tersenyum. Kaka nyata terkesima dengan tindakan yang diambil pengadil.

Keputusan pengadil ini membuatkan peminat bola sepak berasa hairan walaupun dengan kehadiran VAR, pengadil masih boleh melakukan ‘kesilapan’ sebegitu.

Collin turut mempertahankan tindakan Kaka hanya bergurau dan menulis di Twitter "beliau hanya bergurau. Kami adalah kawan!.