Drama 'El Clasico': Kad merah Ronaldo, penalti Messi dan jaringan Pique

  • 7 years ago
Real Madrid berjaya mengalahkan Barcelona 3-1 pada aksi pertama Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.

Perlawanan berlangsung penuh drama dihiasi jaringan sendiri, layangan kad merah dan sepakan penalti.

Gerard Pique menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50 permainan sebelum Lionel Messi memadamkan jaringan itu dengan sepakan penalti pada minit ke-77.

Cristiano Ronaldo yang masuk sebagai pemain gantian dilayangkan dua kad kuning kurang tiga minit selepas meledak gol pada minit ke -80.

Tanpa Ronaldo yang dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning, Real melebarkan jaringan menerusi Marco Asensio pada minit ke-90.