PKPB: Arahan kerja dari rumah buat semua pekerja pengurusan di Zon Merah

  • 4 years ago
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah minggu lalu, kerajaan juga memutuskan bahawa semua pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak lagi dibenarkan ke pejabat.

Bercakap pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu bekerja dari rumah berkuat kuasa Rabu, 22 Oktober ini.