Jawatankuasa khas ditubuh kaji pengurusan pekerja asing, PATI
  • 6 years ago
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan memperkemas aspek pengurusan pekerja asing serta mengatasi masalah lambakan golongan itu di negara ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan beliau, dianggotai wakil-wakil Kementerian Sumber Manusia serta beberapa agensi lain yang bertanggungjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia mengenai pekerja asing termasuk peraturan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.