Mencemaskan! Warga emas pandu lawan arus kerana tiada kad Touch 'n Go
  • 3 years ago
Seorang lelaki warga emas memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) petang semalam, dipercayai mahu berpatah balik kerana tidak mempunyai kad Touch 'n Go.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam, kenderaan yang dipandu lelaki warga emas itu kemudian telah bertembung dan melanggar sebuah kenderaan lain.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata lelaki berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu.