Dr M- Tiada rusuhan di KL kerana jurang pemilikan harta semakin rapat

  • 4 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keamanan kaum yang dikekalkan di Kuala Lumpur adalah disebabkan jurang pemilikan harta antara kaum semakin dapat dirapatkan.

Katanya, perbezaan kaum semata-mata tidak akan membawa kepada rusuhan sekiranya tidak wujud elemen perbezaan dari segi agihan kekayaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.