Tiada pihak ketiga hadir tuntut harta Najib, Rosmah di mahkamah

  • 3 years ago
Tiada pihak ketiga berkepentingan hadir ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai, jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu pemberita, mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini bagi kehadiran mana-mana pihak ketiga yang ingin menuntut harta sitaan kes itu.