Lepas jaring gol Neymar buat aksi pelik

  • 6 years ago
Sepakan penalti yang diambil Neymar menghasilkan gol pertama buat Paris Saint-Germain (PSG) ketika aksi suku akhir Piala Liga Perancis awl pagi tadi.

PSG terpaksa bekerja keras melawan Amiens dengan tiada gol dijaringkan pada babak pertama meskipun pasukan lawan bermain dengan 10 pemain.

Neymar menjaringkan gol menerusi penalti selepas belau dikasari pemain pertahanan lawan di kotak penalti.

Selepas menjaringkan gol Neymar meraikan gol tersebut dengan aksi pelik apabila membuka kasutnya sebelum meletakkannya di atas dahinya.

12 minit baki perlawanan, PSG menambah gol kedua hasil jaringan Adrien Rabiot selepas menanduk sepakan sudut Angel Di Maria.

Recommended