IGP: Tiada tanda hartal doktor kontrak jejas ketenteraman awam
  • 3 years ago
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengatakan pihaknya mengambil maklum gerakan sebilangan doktor kontrak yang berhasrat menganjurkan protes hari ini, 26 Julai di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, tidak ada tanda-tanda rancangan bantahan itu akan mengancam ketenteraman awam.