'Kerajaan komited laksana agenda Bumiputera tanpa jejas peluang kaum lain'

  • 4 years ago
Kerajaan Perikatan Nasional komited untuk meningkatkan status sosioekonomi Bumiputera tanpa menjejaskan peluang dan hak kaum lain, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Dewan Rakyat pagi ini.

Muhyiddin turut mengumumkan satu majlis baru yang akan dipengerusi dirinya sendiri bagi menangani masalah sosioekonomi Bumiputera termasuk meningkatkan pemerkasaan ekonomi dan menangani kadar pengangguran.

Katanya lagi, majlis yang akan dikenali sebagai Majlis Kemakmuran Bumiputera akan mempunyai Teraju (Unit Pemandu Agenda Bumiputera) sebagai unit utama untuk menyelaraskan agensi sedia ada dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membantu masyarakat Bumiputera.