'Tolak tindakan membuta tuli ahli politik yang mahu jejas kestabilan politik'
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang didakwanya sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik serta pelan pemulihan ekonomi negara.

Anggota Parlimen Pagoh itu juga mengajak semua pihak bersama dengannya serta "rakan-rakan" dalam kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara ketika masih berhadapan krisis ekonomi dan kesihatan susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas, di Putrajaya, hari ini.