Sentimen perpaduan tak jejas jualan kuih bulan reformasi

  • 5 years ago
Sempena pesta kuih bulan September depan, PKR menyediakan sebanyak 10,000 kotak 'kuih bulan Reformasi' untuk kutipan dana parti mereka.

Tetapi dalam keadaan ketidakpuasan hati komuniti Cina terhadap isu tulisan Jawi diperkenalkan di sekolah vernakular dan bantahan terhadap kilang Lynas, tanda tanya muncul sama ada isu-isu itu akan menjejaskan jualan kuih bulan itu.

Namun, bagi pemimpin PKR pusat Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Lee Chean Chung, sentimen tersebut tidak akan menjejaskan jualan kuih bulan tersebut.