Hartal Doktor Kontrak 2.0 ditunda, tunggu keputusan kabinet

  • 2 years ago
Sekretariat Hartal Doktor Kontrak (HDK) memaklumkan rancangan mengadakan Hartal 2.0 yang dijadualkan berlangsung hari ini, ditunda seketika bagi menunggu penjelasan KKM.

Langkah itu dibuat selepas HDK mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pada 26 Nov yang menyatakan isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam tempoh dua minggu.