Kerja dari rumah : Sektor awam 80%, sektor swasta 40%
  • 3 years ago
Kerajaan hari ini mengumumkan dua strategi untuk kurangkan pergerakan rakyat iaitu mengurangkan pekerja di pejabat serta hadkan masa operasi sektor ekonomi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 80 peratus penjawat awam akan bekerja dari rumah melibatkan 750,000 kakitangan.

Sementara itu, 40 peratus sektor swasta akan bekerja dari rumah libatkan lebih enam juta pekerja.