Peruntukan RM30 juta ditambah bina taska di sektor awam

  • 4 years ago
Kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini, 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya bagi menambah 150 pusat jagaan kanak-kanak di sektor awam seluruh negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail, keutamaan diberikan kepada hospital, sekolah dan agensi kerajaan yang mempunyai kakitangan bekerja syif.

Menurutnya lagi, semua pihak khususnya hospital, sekolah dan agensi Kerajaan Persekutuan yang belum mempunyai kemudahan itu supaya memohon peruntukan sewajarnya bagi menyediakan kemudahan tersebut.