Pasaran vaksin dalam sektor swasta bermula Ogos
  • 3 years ago
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pasaran vaksin dalam sektor swasta dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini.

Bercakap dalam webinar petang ini, katanya jika sesiapa yang inginkan vaksin dengan kadar segera boleh mendapatkannya dalam sektor swasta namun kos vaksin tersebut harus ditanggung sendiri oleh penerima.