Wajib pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos
  • 4 years ago
Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pemakaian pelitup muka buatan sendiri dibenarkan namun perlu mengikut spesifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).