Akur dikompaun, Najib kongsi gambar PM tak pakai pelitup muka
  • 3 years ago
Bekas perdana menteri, Najib Razak akur dikompaun RM3,000 yang dikenakan terhadap kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bagaimanapun dalam satu hantarannya di Facebook, ahli parlimen Pekan itu secara sinis menyindir kerajaan yang dirasakannya tidak berlaku adil.

Sambil memuat naik artikel yang berkait dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Najib mempersoalkan apakah tindakan kerajaan terhadap menteri yang melanggar SOP.