Harga pelitup muka diturunkan kepada RM1 sekeping

  • 4 years ago
Harga siling pelitup muka akan dijual pada kadar RM1 sekeping berbanding RM1.50 ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata, harga pelitup muka itu di peringkat pemborong pula akan dijual pada harga 95 sen sekeping,

Katanya, pendekatan itu untuk membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah.