Menteri- Temco di dua kampung di Perlis sehingga 31 Ogos

  • 4 years ago
Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) bermula dari hari ini hingga 31 Ogos.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan 11 kes termasuk 10 kes baru Covid-19 di Perlis berasal daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah.