PM harap DidikTV KPM bantu tangani masalah pembelajaran dalam talian
  • 3 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Saluran itu yang kali pertama diperkenalkan, mula bersiaran hari ini, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Muhyiddin berharap saluran itu akan dapat membantu murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian sepenuhnya, akibat tiada akses internet atau peranti yang sesuai.

Sumber video: https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/861307078053600
.
Recommended