'Adakah pencipta kandungan dan kelas dalam talian juga perlu lesen Finas_'

  • 4 years ago
Ahli parlimen pembangkang hari ini menyoal Menteri Komunikasi dan Multimedia sama ada pembuat kandungan (content creator) dan golongan pendidik perlu mendapat lesen daripada Finas.

Ketika gilirannya untuk membahaskan titah diraja, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) menimbulkan kebimbangan bahawa syarat itu akan "membunuh" pencipta kandungan dalam talian, yang kebanyakannya terdiri dari golongan muda.

Mencelah ucapan Syed Saddiq, Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) turut mempersoalkan adakah guru-guru sekolah juga memerlukan lesen Finas untuk melakukan pelajaran dalam talian.