Kuliah, Solat Dhuha, kelas mengaji di masjid dan surau dibenarkan
  • 4 years ago
Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al Bakri untuk membenarkan Kuliah dan Solat Dhuha diadakan di masjid serta surau.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kelas mengaji dan fardhu ain juga dibenarkan di masjid dan surau dengan syarat penjarakan sosial di patuhi.

Katanya kesemua aktiviti itu boleh bermula mulai minggu ini.