Pendaftaran dalam talian skim insurans mySalam dilancar

  • 5 years ago
Pendaftaran dalam talian bagi Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dilancarkan hari ini.Laman web - www.mysalam.com.my - juga akan memasukkan soalan yang sering ditanya mengenai skim ini.Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulangi bahawa pemegang polisi akan mendapat manfaat daripada bayaran sekali (one-off) sebanyak RM8,000 sekiranya mereka mengalami salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan.Sekiranya berlaku kemasukan ke hospital, pemegang polisi juga boleh menuntut RM50 sehari sebagai bayaran ganti rugi untuk kehilangan pendapatan sehingga 14 hari setahun bersamaan dengan maksimum RM700 setahun.