Polis Johor tangkap 5 lelaki Indonesia terlibat sindiket judi dalam talian
  • 2 years ago
Polis berjaya menggempur satu sindiket perjudian dalam talian yang dijalankan sekumpulan warga asing setelah menyerbu sebuah kediaman mewah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor pada 8 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 2 petang itu, seramai lima lelaki warganegara Indonesia ditahan.

Katanya, mereka bekerja sebagai operator tambah nilai dan pengeluaran kredit yang berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1116020152559335
Recommended