Polis Johor tumpaskan sindiket dadah 'Ah Chuan'
  • 3 years ago
Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai sindiket 'Ah Chuan' berikutan penahanan 10 individu termasuk ketua mereka yang aktif sejak setahun lalu.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 51 tahun itu dilakukan menerusi enam serbuan di daerah ini bermula 20 April sehingga 23 April.

Ekoran penahanan itu, polis berjaya membongkar operasi sebuah stor pemprosesan serbuk ekstasi di sekitar Johor Bahru dan merampas 49 kilogram serbuk ekstasi bernilai RM2.96 juta dan beberapa lagi jenis dadah lain bernilai RM88,000


Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/2765074100412196
Recommended