Malaysia harap pentadbiran baru AS bantu isu Palestin

  • 3 years ago
Malaysia meletakkan harapan kepada perubahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk memberi sinar kepada isu Israel-Palestin dan serantau.

Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata, Wisma Putra berharap ia akan membawa perkembangan positif kepada isu berkenaan.

"Sudah tentu kita mengharapkan perubahan itu akan berlaku selari dengan perkembangan dan perubahan politik serta pentadbiran Amerika Syarikat," katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN- Pontian) berhubung pendirian Wisma Putra susulan pemilihan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.