Siti Kasim bebas tuduhan halang tugas pegawai Jawi berkait ratu cantik transgender
  • 4 years ago
Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepas dan membebaskan peguam Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas pegawai agama daripada menjalankan serbuan ke atas pertandingan ratu cantik transgender 4 tahun lepas.

Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan bahawa pendakwa gagal membuktikan elemen pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, sebagai peguam, Siti hanya melindungi anak guammnya dengan bertanya kenapakah pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak menunjukkan waran untuk serbuan itu.