Robot polis mulakan tugas di Dubai

  • 7 years ago
Polis Dubai memperkenalkan pegawai polis robot pertama mereka untuk tugas meronda di pusat membeli belah dan tempat tarikan pelancong.

Robot yang datang dengan skrin pada dada itu membolehkan orang ramai membuat laporan jenayah, membayar denda dan mendapatkan maklumat.

Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah perkhidmatan pintar Polis Dubai Bridget Khalid Al Razooqi berkata "Kami tidak akan mengantikan pegawai polis kami dengan robot ini".

Robot berkenaan dari Pal Robotics dipamerkan pada Expo dan persidangan keselamatan dan maklumat Teluk pada Ahad.

Pada masa ini, ia boleh berkomunikasi hanya dalam bahasa Arab serta bahasa Inggeris dan terdapat rancangan untuk menambahkan bahasa Rusia, China, Perancis dan Sepanyol.