'Saya hanya jalankan tugas sebagai kenderaan rakyat' - Syed Saddiq
  • 3 years ago
Ketika isu komputer riba untuk pelajar hangat diperkatakan semua pihak, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ini gigih mengedarkan bantuan komputer riba untuk pelajar Muar yang memerlukan.

Dalam satu kenyataannya di Facebook, ahli Parlimen Muar itu berkata komputer riba yang diagihkan di bawah program '1 Keluarga 1 Laptop' itu merupakan hasil kutipan wang dari orang ramai.

Pada 30 Disember lalu, beliau berjaya mengumpul sekitar RM383,000 dalam kempen mengumpulkan dana untuk menyediakan komputer riba bagi pelajar yang kurang bernasib baik di Muar.