Ahli Parlimen tak diberi peluang untuk jalankan tugas - Chin Huat
  • 3 years ago
Penganalisis politik Wong Chin Huat mengatakan salah satu sebab kerajaan gagal menguruskan krisis Covid-19 dan ekonomi adalah kerana ahli Parlimen tidak dapat melakukan tugas mereka.

Dalam forum atas talian anjuran Bersih 2.0, beliau berkata terdapat banyak titik buta dasar (policy blind spots) kerana tidak ramai ahli Parlimen yang terlibat dalam proses pembuatan dasar ketika ini.

Chin Huat turut menggesa agar Parlimen kembali bersidang dengan penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Sumber video: https://www.facebook.com/BERSIH2.0/videos/1162713250901038