Jika masih ada pengkhianat, sila keluar! - Anwar
  • 4 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk terus bersama membina kekuatan, tidak mengalah atau mengorbankan prinsip mereka.

Melalui hantaran di Facebooknya beliau turut memberi amaran kepada kumpulan "pengkhianat" agar bertindak meninggalkan gabungan itu.

Kata Anwar, walau apa yang berlaku, PH akan terus kekal bersama dan membina kekuatan.

Ahli parlimen Port Dickson itu juga memberi amaran kepada anggota PH parti yang masih menyebelahi kumpulan Azmin Ali agar meninggalkan gabungan itu segera.
Recommended