'Alangkah baiknya jika GST masih ada' - Ahmad Maslan

  • 3 years ago
Hasil kerajaan yang berkurangan sebanyak RM42 bilion ringgit tahun ini mampu ditampung sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (GST) masih dikenakan di negara ini, kata ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berhasrat agar GST dikembalikan supaya hasil kutipan cukai itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.