'Tak mustahil ada gelombang ketiga jika masih tak patuh SOP'

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi SOP - seperti memakai topeng muka, menjaga penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri dengan baik - atau berisiko menyumbang kepada gelombang ketiga Covid-19.

Beliau terutamanya khuatir dengan kenaikan kadar jangkitan di negara ini yang ditunjukkan melalui angka R-naught (R0).

R0 Malaysia yang turun kepada 0.3 dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kini meningkat menjadi 1.36, yang bermaksud setiap orang yang dijangkiti berpotensi menyebarkan virus kepada 1.36 orang.

Menurutnya, unjuran kerajaan menunjukkan bahawa jumlah kes harian akan meningkat secara mendadak apabila R0 mencecah 1.6 atau lebih tinggi.