KKM jangka tsunami dalam gelombang ketiga Covid-19
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

Sementara itu beliau mendedahkan terdapat kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara.