Calon BN bersumpah letak jawatan jika keluar atau dipecat parti
  • last year
Calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 wajib meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sekiranya mereka keluar atau dipecat daripada parti masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada sumpah yang dilafazkan secara terbuka oleh calon BN pada satu majlis di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur malam tadi.

Pengarah pilihan raya BN, yang juga timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan mengetuai upacara mengangkat sumpah itu.

Sumber video:
https://www.facebook.com/barisanasional/videos/692982525250577