Najib saran beri jawatan kepada wanita BN jika menang PRN Sabah

  • 4 years ago
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata sekiranya BN memenangi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah sekaligus mengambil alih kerajaan negeri, beliau berharap perlantikan wakil rakyat tambahan akan diberikan kepada wanita.

Katanya hal ini disebabkan, ramai wanita yang terasa hati kerana hanya satu calon wanita yang dipilih menjadi calon ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu DUN Kalabakan, Chaya Sulaiman.

Beliau juga menyeru supaya jawatan di dalam kerajaan negeri diberikan kepada calon-calon wanita sebagai penghargaan kepada pengorbanan wanita.

Beliau berkata demikian ketika berkempen bagi DUN Kalabakan, hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/361184194912730