'Dr Adham, dua timbalan ambil tanggungjawab atau letak jawatan!' - Dr Dzulkefly

  • 3 years ago
Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa penggantinya Dr Adham Baba dan dua timbalannya untuk mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan KKM atau mengundurkan diri.

Dia berkata demikian selepas Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dirinya hanyalah utusan yang mewakili pandangan kolektif pakar kementerian itu yang bekerja di belakang tabir.