Kem 'pengkhianat', Dr Mahathir tiada dalam senarai - Anwar
  • 4 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjelaskan setakat ini ahli-ahli parlimen daripada PKR yang telah berpaling tadah kepada Perikatan Nasional tidak ada dalam 'senarai' ahli parlimen yang memberi sokongan kepadanya.

Selain itu katanya, Dr Mahathir Mohamad dan Pejuang setakat ini belum menyatakan sokongan kepadanya namun tidak menolak bekas perdana menteri itu 'mungkin akan berbuat demikian'.