Azmin perjelas sokongannya kepada Mahathir
  • 5 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata bukan hasratnya untuk menyinggung hati sesiapa apabila menyuarakan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya terus menerajui negara sehingga habis penggal ini.

Sebaliknya katanya itu, beliau menyokong pendirian pembangkang mengenai perkara itu bagi memastikan kestabilan dalam negara.

Katanya Llapan puluh peratus ucapannya adalah mengenai ekonomi, kestabilan politik, pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan industri.

Dan itulah sebabnya penting bagi PM untuk meneruskan perkhidmatan beliau sehingga habis penggal, demi kestabilan dan ketekalan.

Pada 29 Julai lalu, Azmin berkata Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.