SPRM perjelas sebab Guan Eng lepas kes rasuah
  • 6 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada kuasa untuk menarik sesuatu kes di mahkamah tetapi ia tertakluk kepada kuasa pendakwa raya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata dalam kes Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pendakwa raya tidak memohon kepada mahkamah untuk kes tersebut ditarik balik sebaliknya memohon melepaskan tanpa membebaskan tertuduh.

Namun demikian, kata Azam, mahkamah membuat keputusan untuk melepaskan Guan Eng daripada pertuduhan.

Azam berkata demikian pada sesi wawancara di Bernama Radio hari ini.

Azam menjawab soalan pemanggil berhubung pertikaian keputusan mahkamah untuk menggugurkan pendakwaan terhadap Guan Eng kerana didakwa membeli banglo di bawah nilai pasaran.