Nisha perjelas isu 'mak nyah' kembali ke pangkal jalan
  • 7 years ago
Aktivis transgender, Nisha Ayub berkata tidak semua golongan transgender seperti 'mak nyah' adalah sama, namun mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain.

Katanya, agendanya hanya satu iaitu mahukan golongan itu diberi peluang hidup sama rata dengan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas seorang bekas transgender yang sudah kembali ke pangkal jalan baru-baru ini.