Speaker perjelas kebenaran MP jalani kuarantin hadir Dewan Rakyat
  • 3 years ago
Ketiga-tiga ahli-ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dibenarkan untuk mengundi di persidangan Dewan Rakyat telah diberi kebenaran bertulis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkara itu dijelaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mahu Azhar menjelaskan kebenaran terbaru itu.