Lokman tiba di Bukit Aman, beri keterangan gelar IGP 'menipu'
  • 5 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam tiba di Bukit Aman bagi mengambil keterangan ekoran aduan polis yang dibuat berhubung kenyataannya yang mengelar Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebagai menipu.

Ini berikutan kenyataan Abdul Hamid sebelum ini yang berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mendapati video berkenaan adalah tulen tetapi proses pengecaman wajah adalah negatif untuk mengaitkan menteri terbabit.

Abdul Hamid berulang kali menyatakan siasatan ke atas video berkenaan masih dijalankan.

Bagaimanapun, sebelum masuk ke kawasan Bukit Aman, Lokman tetap dengan pendirian berhubung kenyataan itu.

Bulan lalu, beberapa siri video seks diedarkan kepada ahli politik dan wartawan oleh individu tidak dikenali.

Selepas itu, Haziq mengakui beliau adalah salah seorang daripada dua lelaki yang melakukan hubungan sejenis dalam video berkenaan.

Beliau mendakwa pasangannya adalah Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Azmin bagaimanapun menafikan pembabitannya dan menyifatkan video itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.