Fahmi beri 'mesej' pada Lokman

  • 6 years ago
Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil memberi pesanan ringkas kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam supaya tidak bongkak dan tidak melanggar undang.

Dalam video dimuat naik di Facebooknya, reaksi Fahmi itu dipercayai sebagai membalas kritikan Lokman yang menyuruh bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup mulut Fahmi.

https://www.kinitv.com/video/66075O74 - Lokman dakwa Anwar terbabit liwat terbaru, Fahmi lapor polis

Ini susulan satu laporan polis yang dibuat Fahmi ke atas Lokman yang dalam hantaran di Facebook mendakwa Anwar terbabit dengan dakwaan liwat terbaru.

Lokman dalam catatan di Facebooknya mendakwa bahawa Mediacorp Singapura melaporkan seorang pelajar Indonesia membuat laporan polis di Singapura bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Mediacorp kemudian mengeluarkan penafian menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu. Mereka juga memaklumkan kepada Lokman supaya menurunkan berita itu. Menurut syarikat itu, pihak berkuasa Singapura juga menafikan wujudnya laporan polis berkenaan.

Hantaran itu kemudian dipadamkan dan Lokman menjelaskan bahawa artikel tersebut tidak diterbitkan oleh Mediacorp.

https://www.kinitv.com/video/66087O74 - Lokman akui silap, suruh Anwar jaga mulut Fahmi

Namun, Lokman dalam hantaran video terbaru mengatakan beliau mengakui kesilapan memuat naik artikel tersebut dan bertindak telahpun memadamkannya.