Komik propaganda China: Hew dan peguam beri keterangan di Bukit Aman
  • 5 years ago
Bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman semalam berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Hew merupakan antara empat individu yang memberi keterangan berkenaan komik itu kepada polis hari ini.

Tiga lagi yang dipangil untuk membantu siasatan ialah Chong Po Ling, Pengurus Muzium Kebudayaan dan Komik Asia Raymond Chong dan seorang wakil daripada syarikat pencetak.