Riza Aziz selesai beri keterangan kali kedua
  • 6 years ago
Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali kedua di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Riza yang hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya itu pada 9 malam dengan menaiki kereta Audi.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, enggan memberi sebarang komen kepada pihak media.

Difahamkan, Riza yang tiba kira-kira 3.05 petang memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Difahamkan, beliau dikehendaki hadir semula memberi keterangan pada 10.30 pagi esok. - Bernama