K'jaan pertimbang lanjutkan operasi Hospital Medan hingga 2021
  • 5 years ago
Kerajaan masih pertimbangkan kewajaran untuk melanjutkan operasi Hospital Medan Malaysia di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini sehingga 2021.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semasa di Dewan Rakyat hari ini berkata, keputusan yang akan dibuat itu perlu diperhalusi dengan mengambil kira kesan ke atas pelarian Rohingya itu sendiri.

"Sejak hospital itu beroperasi pada 20 November 2017, sebanyak 74,103 kes telah dirawat dan beri manfaat kepada mereka yang berada di kawasan Cox's Bazar", katanya.