KKM bersama Angkatan Tentera Malaysia bina hospital medan di Semporna
  • 4 years ago
Beberapa langkah telah diambil bagi menangani isu peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM dengan kerjasama agensi lain telah menambah kapasiti katil untuk COVID-19 di hospital-hospital setempat iaitu, sebanyak 978 katil hospital dan 4010 katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (kadar penggunaan katil adalah 32 peratus) sehingga hari ini.

Selain itu katanya, KKM telah membina hospital medan bersama Angkatan Tentera Malaysia di Semporna

KKM juga mempergiatkan pengesanan kontak rapat, mengasingkan kes positif COVID-19, memberi rawatan awal; dan • Menambah jumlah ventilator dan pakar bius di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata demikian dalam sidang media Covid-19 hari ini.