K'jaan bayar RM272.99j Sistem uCustoms sejak 2013 hingga hari ini gagal siap - PAC
  • 3 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan segera terhadap Sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta melibatkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang gagal disiapkan tetapi pembayaran telah dibuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Wong Kah Woh berkata, sistem dalam talian itu gagal disiapkan sehingga kini sejak ia dimulakan pada Oktober 2013 sedangkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta kepada syarikat terpilih.

Menurutnya, ia merupakan salah satu daripada 25 isu dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 yang bersifat tindakan pembaziran atau punitif.